Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Platform Strategik Perkasa Askar Wataniah dan Isu Keselamatan Sabah

berita-sabahJune 2025news

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) sebagai platform terbaik membincangkan isu keselamatan dan memperkasakan peranan Askar Wataniah sebagai benteng pertahanan negara.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Makan Malam SKAW pada 18 Jun 2025 dan turut mengalu-alukan penganjuran sidang itu di Sabah. “Sebagai negeri bersempadan dengan beberapa negara jiran, aspek keselamatan menjadi keutamaan demi memastikan kemakmuran dan kestabilan negeri,” katanya.

Hajiji yang juga Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sabah, turut menyatakan sokongan penuh kepada usaha memperkukuh pentadbiran dan logistik Askar Wataniah.

Dalam ucapan itu, beliau turut menyentuh pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menumpukan pembangunan dalam sektor ekonomi, modal insan, kesejahteraan rakyat dan kelestarian hijau. “Program Rumah Mesra SMJ dan pelbagai bantuan pendidikan terus dilaksana bagi membantu rakyat, terutama di luar bandar. Aspek keselamatan penting supaya agenda pembangunan ini dapat terus diperkasa,” jelas beliau.

Hajiji turut berterima kasih atas penghormatan memilih Sabah sebagai tuan rumah persidangan, yang turut mempererat hubungan antara Kerajaan Negeri dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya Askar Wataniah.