Penganugerahan Tokoh Maal Hijrah 1447H Disempurnakan oleh TYT di SICC

berita-sabahJune 2025news

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor turut mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman ketika menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1447H/2025M kepada Datuk Haji Amir Kahar Tun Mustapha pada 27hb Jun 2025, sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.