Hajiji Iringi TYT Sabah Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja

berita-sabahJuly 2025news

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 bermula pada 16hb Julai 2025 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mempengerusikan mesyuarat. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke mesyuarat tersebut. Pada Isnin, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya.