Pengumuman Khas PMX Cerminan Ekonomi Kukuh dan Prihatin Rakyat

berita-sabahJuly 2025news

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan Pengumuman Khas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti asas ekonomi negara yang kukuh di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Beliau berkata, inisiatif seperti bantuan one-off RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan peluasan Jualan Rahmah Madani ke setiap kawasan DUN adalah langkah tepat untuk meringankan beban rakyat.

“Ini jelas menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan media pada 23hb Julai 2025.

Hajiji turut menyambut baik penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta rakyat.

Selain itu, beliau menyokong pengisytiharan 15 September sebagai cuti umum menjelang Hari Malaysia, yang dianggap sebagai satu penghormatan terhadap semangat perpaduan negara.