TYT, Ketua Menteri Hadir Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah
29 August 2025
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengetuai kepimpinan negeri menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri 2025 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Program tahunan itu diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, di samping menjadi simbolik kesyukuran rakyat Sabah atas nikmat keamanan, kemajuan dan keharmonian yang terus dinikmati sejak pembentukan Malaysia.