Hari Kebangsaan Disambut Penuh Semangat Patriotik di Kota Kinabalu
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik apabila seramai 169 kontinjen menyertai perbarisan di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens.
Acara yang dihadiri lebih 50,000 orang itu disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin. Ketibaan mereka di pentas utama disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag serta barisan menteri Kabinet negeri.


Perbarisan bermula seawal jam 7 pagi dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pertubuhan belia, institusi pendidikan serta pihak swasta, yang menampilkan persembahan berwarna-warni melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Sambutan tahunan ini bukan sahaja menjadi simbol kecintaan kepada negara, malah menyemarakkan lagi semangat patriotisme, kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah khususnya, serta Malaysia amnya.