Perbincangan Isu Semasa Bersama Ahli Parlimen Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, telah mengadakan satu pertemuan bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah pada 15 Januari 2026 di Sri Gaya bagi membincangkan pelbagai isu semasa. Dalam pertemuan tersebut, beliau mengambil maklum pandangan, maklum balas serta cadangan yang dikemukakan oleh para Ahli Parlimen berkaitan perkara-perkara yang memberi kesan kepada masyarakat di peringkat akar umbi, melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Menurut beliau, perbincangan turut menyentuh aspek pentadbiran yang berkaitan dengan pihak berkuasa daerah dan pihak berkuasa tempatan. Antara Ahli Parlimen yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Persekutuan; Datuk Shahelmey Yahya (Putatan); Datuk Matbali Musah (Sipitang); Lo Su Fui (Tawau), yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Jonathan Yasin (Ranau) serta Riduan Rubin (Tenom).




