Penubuhan Jawatankuasa Baharu Untuk Menilai Projek Kerjasama Awam-Swasta Dan Konsesi Negeri

berita-sabahJan 2026news

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet pertama Jabatan Ketua Menteri pada 21Januari 2026 di Menara Kinabalu.

Mesyuarat ini fokus beberapa isu penting termasuk penubuhan jawatankuasa Kerjasama awam-swasta dan konsensi negeri untuk menggantikan Penswastaan Negeri sejak tahun 1991. Dengan itu, sebarang cadangan projek kerjasama awam-swasta kini akan dimulakan oleh kementerian berkaitan dan dirujuk kepada jawatankuasa teknikal di bawah jawatankuasa baharu itu yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Untuk inisiatif Rumah Mesra SMJ, Kerajaan Negeri telah meluluskan kriteria tambahan kepada RM95,000 bagi satu unit. Ketua Menteri juga mengumumkan bahawa Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 (2026–2030) akan dilancarkan pada 30 Januari 2026.