Kerajaan Negeri Sumbang Dua Kenderaan Pacuan Empat Roda kepada Polis Sabah
13 February 2026
Kerajaan Negeri menyumbangkan dua kenderaan pacuan empat roda bagi kegunaan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika kunci kepada Ketua Polis Negara Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail pada 13 Februari 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan, Kota Kinabalu.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Pendidikan Tinggi Datuk James Ratib, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta pegawai kanan polis dari Bukit Aman.




