Menteri Lepaskan Konvoi Jelajah Aspirasi Bebas Dadah Sabah

berita-sabahFeb 2026news

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melepaskan konvoi Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Sabah yang melibatkan 150 motosikal dan lapan kenderaan pacuan empat roda di Menara Kinabalu.

Program anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Skuad Anti Dadah Sabah, Foodpanda dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu akan menjelajah seluruh Sabah hingga September 2026 bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan usaha menjadikan Sabah bebas dadah.

Jelajah tersebut dijadual berakhir pada 6 September 2026 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Sabah Moto Day 9.0.

Dalam majlis sama, Ketua Menteri turut menyerahkan replika cek berjumlah RM531,350 sebagai sumbangan caruman Kerajaan Negeri kepada KWSP untuk 10,627 penunggang e-hailing.