Pembantu Menteri, Setiausaha Politik Lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan Pembantu Menteri dan Setiausaha Politik Negeri Sabah pada 26 Februari 2026 di Menara Kinabalu.
Semua yang terlibat melafaz serta menandatangani IBR sebagai komitmen memperkukuh integriti dan tadbir urus beramanah dalam pentadbiran negeri. Dokumen IBR kemudian diserahkan kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, yang turut menyaksikan majlis berkenaan.
Mohd Fuad turut menyampaikan taklimat khas berkaitan usaha pencegahan rasuah dan pemantapan budaya integriti dalam perkhidmatan awam.
Turut hadir Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri, Puan Dayang Noorashikhin Zulkefli serta Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri merangkap Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Awang Samsul Baharam Bungso.
Pada 25 Februari lalu, Ketua Menteri turut mengetuai Majlis IBR melibatkan Ahli Jemaah Menteri Negeri di Menara Kinabalu.




