Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri
18 March 2026
Kerajaan Negeri telah mengumumkan 20 Mac 2026 atau 23 Mac 2026 sebagai cuti umum tambahan, bergantung kepada tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri. Menurut Warta Kerajaan Keluaran Khas bertarikh 18 Mac 2026, Yang di-Pertua Negeri menetapkan bahawa 20 Mac 2026 akan diisytiharkan sebagai cuti tambahan sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026, manakala 23 Mac 2026 akan menjadi cuti tambahan jika Hari Raya Aidilfitri disambut pada 20 Mac 2026. Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, turut mengumumkan tarikh yang sama sebagai cuti tambahan Hari Raya semasa lawatannya ke Sabah pada 15 Mac 2026.




