KM terima taklimat program pendidikan Sabah

berita-sabahnews
Hajiji menerima Laporan Pencapaian 2025 Jabatan Pendidikan Sabah daripada Raisin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Pendidikan Sabah yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Haji Raisin Saidin, di pejabatnya di Menara Kinabalu pada 7 April 2026. Dalam pertemuan tersebut, Raisin membentangkan taklimat berkaitan program utama jabatan bagi tahun semasa serta perancangan untuk tahun hadapan, termasuk perkembangan dan pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam masa yang sama, Hajiji menegaskan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh sektor pendidikan, khususnya dari segi meningkatkan kualiti pembelajaran, memperkasa pengurusan sekolah dan memastikan pembangunan menyeluruh murid di seluruh Sabah. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama strategik yang berterusan antara kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Sabah bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh. Menurut beliau, hubungan erat ini amat penting dalam usaha memperkasa sektor pendidikan negeri sekali gus melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.