Zainudin Terima Watikah Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan watikah pelantikan kepada Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu pada 25 Jun 2026. Zainudin, bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, akan mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong secara rasmi pada 29 Jun 2026. Hajiji berharap pelantikan beliau dapat memastikan perkhidmatan awam negeri terus progresif dan berdaya saing serta melaksanakan dasar kerajaan dengan berkesan demi kemakmuran rakyat dan negeri.
Safar yang akan bersara pada 28 Jun 2026 pula dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), manakala Datuk Norlijah Danin akan menggantikan Zainudin sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.




