Kerajaan Beri RM3,000 Kepada Peniaga kecil di Sulaman
Peniaga kecil yang menjalankan perniagaan di tepi jalan di kawasan Sulaman bakal menerima bantuan tunai sebanyak RM3,000 setiap seorang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban peniaga kecil yang memerlukan sokongan untuk meneruskan perniagaan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Usahawan dan STEM X Challenge di Lok Batik, Tuaran pada 19 Julai 2026.
Menurutnya, penganjuran program itu penting dalam memberi semangat dan peluang kepada usahawan kecil, khususnya golongan muda, untuk mengembangkan perniagaan serta menjana pendapatan lebih baik. “Kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan kepada usahawan, terutama usahawan muda, supaya mereka dapat terus maju,” katanya.
Hajiji turut menekankan kepentingan penguasaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam menghadapi perkembangan dunia moden serta menyokong pembangunan negara dan masyarakat. Katanya, sempena “World Cup Soccer 2026”, semangat kesukanan yang menekankan disiplin, strategi, kerjasama dan semangat juang turut menjadi nilai penting dalam bidang STEM dan keusahawanan untuk mencapai kejayaan.




