TYT dan Ketua Menteri Sertai Ribuan Rakyat Dalam Sambutan Hari Sabah

Aug 2026berita-sabahnews

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama-sama ribuan rakyat Sabah memeriahkan Sambutan Hari Sabah yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu pada petang 31 Ogos 2026.

Sambutan dimulakan dengan ucapan pengisytiharan oleh Yang di-Pertua Negeri, diikuti upacara menaikkan bendera serta pelbagai persembahan hiburan. Antara acara yang dipersembahkan termasuk pertunjukan cahaya laser, persembahan koir oleh kumpulan Male-Efficient dan persembahan artis-artis tempatan.

Sambutan turut diserikan dengan tayangan montaj khas, persembahan lagu Sabah Tanah Airku serta perarakan bertemakan Hari Sabah. Yang di-Pertua Negeri turut diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin, manakala Hajiji hadir bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, anggota Jemaah Menteri Negeri serta para wakil rakyat.