Pasukan Kepimpinan Baharu PDRM Sabah Kunjungi Ketua Menteri

berita-sabahnewsSeptember 2026
Hajiji Haji Noor berbincang dengan Jauteh semasa kunjungan hormat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengetuai barisan kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dalam kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, 1 September 2026.

Kunjungan itu antara lain bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara PDRM dan Kerajaan Negeri, selain bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serta ketenteraman awam.

Hajiji berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan PDRM akan terus diperkukuh bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah sentiasa terpelihara.


{quote} {quoter}