Potensi Kerjasama Antara UCSF dan Universiti Poland
4 September 2026
Duta Besar Poland ke Malaysia, Krzysztof Dariusz Dobrowolski, kembali mengadakan lawatan ke Sabah, yang merupakan kunjungan kelimanya ke Kota Kinabalu sejak April 2026 ketika beliau mengunjungi University College Sabah Foundation (UCSF).
UCSF milik Yayasan Sabah kini dalam persiapan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah universiti di Poland bagi menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembangunan akademik.
Dalam lawatan terbaharunya, Dobrowolski turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, di Menara Kinabalu pada 4 September 2026 bagi membincangkan kerjasama ekonomi dua hala, termasuk dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan.




