Hajiji Lawat Loji Pengeluaran di Kunak

berita-sabahnewsSeptember 2026

Projek Loji Pengekstrakan Fitonutrien yang dilaksanakan oleh Kunak Lipids Sdn Bhd, yang merupakan projek pertama seumpamanya di Malaysia, kini hampir siap dan dijangka mula menghasilkan vitamin E pada tahun 2026.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, projek berkenaan merupakan perkembangan positif bagi Kunak, selain menjadi aktiviti sokongan dan usaha niaga tambahan kepada Kumpulan Sawit Kinabalu yang menggunakan bahan berasaskan kelapa sawit dalam proses pengeluarannya.

“Saya berbangga dengan usaha Kumpulan Sawit Kinabalu menerokai bidang perniagaan tambahan ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke loji berkenaan pada 8 September 2026.

Menurut beliau, produk yang dihasilkan melalui projek tersebut menggunakan bahan berasaskan kelapa sawit dan bahan-bahan lain, sekali gus berpotensi meningkatkan hasil pendapatan Kumpulan Sawit Kinabalu serta syarikat rakan kongsinya.


{quote} {quoter}