Sabah Perkukuh Hubungan Malaysia-China

berita-sabahnewsSeptember 2026

Hubungan Sabah dengan China telah terjalin sejak berabad lamanya menerusi hubungan perdagangan maritim dan pertukaran budaya antara masyarakat Borneo dengan China serta Asia Tenggara. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kedudukan geografi Sabah menjadikannya jambatan penting dalam memperkukuh kerjasama Malaysia-China.

Katanya, China merupakan antara rakan dagang utama Sabah, meliputi sektor komoditi, pertanian, perikanan, pembuatan, pelancongan dan perkhidmatan. Pelaburan syarikat China turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, infrastruktur dan hubungan perniagaan di Sabah. Beliau berkata kerjasama boleh terus diperluas dalam bidang pendidikan, kebudayaan, belia, bahasa serta sains dan teknologi bagi memberi manfaat bersama.

Sabah, katanya, kekal komited menyokong hubungan Malaysia-China yang kukuh dan konstruktif, di samping memperkasakan keutamaan negeri menerusi agenda pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0. Ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-77 Penubuhan Republik Rakyat China di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, pada 22 September 2026.