SMJ Fellows Bakal Jadi Pemimpin dan Penggerak Ekonomi Sabah

berita-sabahnewsOctober 2026

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pemilihan sebagai SMJ Fellows bukan sekadar penyertaan program, sebaliknya amanah dan pelaburan Kerajaan Negeri dalam membentuk pemimpin masa depan Sabah.

Berucap pada Majlis Penyampaian Surat Pelantikan SMJ Fellows 5.0 di Menara Kinabalu pada 7 Oktober 2026, beliau berharap peserta memanfaatkan penempatan selama enam bulan di kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun untuk memperkukuh kemahiran, keyakinan serta jaringan profesional.

Katanya, pembangunan bakat tempatan perlu menjadi agenda utama negeri agar anak Sabah berpeluang membina masa depan di negeri sendiri, memahami keperluan rakyat dan menyumbang kepada pembentukan dasar serta pembangunan Sabah.