Ketua Menteri Hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

berita-sabahnewsOctober 2026
Hajiji ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya, Kuala Lumpur.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, pada 13hb Oktober 2026 di Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman mengiringi Ketua Menteri pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 selama dua hari di Istana Negara bermula 14hb Oktober 2026.