Hajiji Adakan Perbincangan Isu Semasa Bersama Ahli Parlimen Sabah
13 October 2026
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan isu-isu semasa pada 13 Oktober 2026.
Antara Ahli Parlimen yang hadir ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Datuk Lo Su Fui (Tawau), Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); Datuk Ewon Benedick (Penampang); Datuk Wilfred Madius Tangau (Tuaran); Datuk Matbali Musah (Sipitang); Datuk Jonathan Yasin (Ranau); Datuk Andi Muhammad Suryady Haji Bandy (Kalabakan); Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); dan Riduan Rubin (Tenom).
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.




