Sabah-China Kukuhkan Kerjasama
Usaha Sabah memperkukuhkan kerjasama dengan China dalam pelbagai sektor termasuk pelaburan. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata terdapat pelabur dari China ke Sabah antaranya Kumpulan Kibing yang melabur dalam pembuatan kaca solar.
“Kehadiran pelabur-pelabur ke Sabah meningkatkan ekonomi negeri dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sabah mengalu-alukan kehadiran mereka. Sudah pasti dengan lebih ramai pelabur datang termasuk dari China, ia akan membawa petunjuk yang baik kepada ekonomi kita,” katanya pada 11 Julai 2024 ketika menerima kunjungan hormat daripada Ouyang Yujing, Duta China ke Malaysia, dan Huang Shifang, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu.
Turut hadir Dato’ Sri Tiong King Sing Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) pun ada di sentuh dalam berbincangan.
Ouyang berkata pelancong dari China dijangka akan meningkat dua kali ganda untuk datang ke Malaysia pada musim panas bulan Julai ini. “Sudah tentu pelancong yang datang ke Malaysia juga akan berkunjung ke Sabah,” katanya. Selain pelancongan, beliau berkata kerajaan China menggalakkan pelaburan dari negara itu ke Malaysia dalam bidang teknologi tinggi seperti ekonomi digital, AI, solar dan e-dagang.