Hala Tuju SMJ dan Malaysia Madani Selari Semangat Gagasan
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengatakan pada4hb Ogos 2024 di Majlis Himpunan Perdana Rakyat di Sabah International Convention Centre (SICC) :
Ketiga-tiga sektor ini telah melonjakkan ekonomi negeri sehingga menarik pelabur ke Sabah sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Majlis itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hajiji berkata, Sabah menjadi tumpuan sebilangan pelabur dengan membawa nilai pelaburan mencecah RM12 bilion sejak 2 tahun lalu, hasil berkat corak kepimpinan negara yang dinamik serta mesra pelabur sehingga Sabah secara langsung turut menikmati tempiasnya. Beribu-ribu peluang pekerjaan ditawarkan kepada anak-anak Sabah hasil kemasukan pelabur domestik dan asing sehingga Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) telah penuh, sekali gus memerlukan Kerajaan Negeri mencari dan mengenal pasti taman perindustrian yang baharu bagi memenuhi keperluan dan kepesatan sektor perindustrian di Sabah.
Hasil kerjasama yang akrab antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, Sabah berjaya mengikat kerjasama strategik dengan PETRONAS dengan termeterainya perjanjian Commercial Collaboration Agreement (CCA) yang memberikan banyak peluang dan manfaat kepada Sabah, seperti penyertaan lebih besar dalam usahasama penerokaan minyak dan gas di Sabah.
Mengenai isu miskin tegar, Sabah telah berjaya menurunkan jumlah miskin tegar kepada 1,147 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat Julai 2024. Namun, ini adalah miskin tegar. Tetapi bilangan rakyat yang termasuk dalam kategori miskin masih ramai di Sabah yang memerlukan pembelaan berterusan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.Kerajaan Negeri sedang menerokai potensi Ekonomi Biru (Blue Economy) iaitu penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu dan lain-lain produk industri yang boleh dihasilkan daripadanya. Pada Oktober 2024, Kerajaan Negeri akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkenaan “The Blue Economy”, yang akan dilancarkan oleh PM.