SUKMA XXI Sarawak: Insentif Pingat Emas Dinaikkan Ke RM10 Ribu

August 2024newssabah-news

Kerajaan Negeri Sabah telah menaikkan insentif pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak daripada RM5 ribu ke RM10 ribu.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, setiap atlit Sabah yang Berjaya merangkul pingat emas SUKMA kali ini akan menerima insentif sebanyak RM10 ribu berbanding RM5 ribu sebelum ini.

Untuk pemenang pingat perak dan gangsa, Kerajaan Negeri akan menunggu cadangan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan Negeri selepas selesai SUKMA Sarawak.

Dengan itu, beliau berharap kontinjen Sabah dapat mencapai sasaran sebanyak 40 pingat emas pada SUKMA XXI Sarawak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Saya mahu atlit Sabah bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi dan menjaga disiplin diri demi nama baik negeri Sabah”, katanya pada 17 Ogos 2024 selepas mengadakan pertemuan bersama Skuad Wushu Sabah yang telah berjaya menyumbang sebanyak tiga pingat emas dan satu perak pada SUKMA Sarawak XXI di Hotel Pullman, Kuching.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hajiji mengucapkan tahniah kepada skuad Wushu yang berjaya menyumbang pingat emas dan perak pertama untuk Sabah. Tiga emas yang dimenangi oleh Skuad Wushu ialah menerusi Amirah Sofea Azlan dalam acara sanda Wushu 45-48kg wanita, Dione Babyline Fely (sanda kategori 48- 52kg wanita) dan Fyenlly Himon (sanda 48-52kg lelaki). Pingat perak dimenangi oleh Ericson Bong Cheng Loong (toulu gunshu lelaki).