Pelaburan Berimpak Tinggi di Sipitang Mula Pada 2026

berita-sabahDec 2024news

Pelaburan berimpak tinggi di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) akan mula beroperasi pada tahun 2026 termasuk RM20 bilion kilang keluli (Green Steel) oleh Syarikat Esteel; RM8.8 bilion membangun kemudahan Gas Asli Cecair (LNG) Terapung oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas); RM1 bilion dalam pengurusan sisa oleh Syarikat E-Concern Sdn. Bhd.; dan RM70 juta oleh Tex Evolusi Waste Management Sdn. Bhd.

. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pelaburan demikian akan mencipta peluang pekerjaan untuk penduduk Sipitang dan sekitarnya."Saya penuh yakin dengan gabungan pemimpin politik, jentera kerajaan serta rakyat di Sipitang, kita akan melakarkan lebih banyak pembangunan dan kejayaan di daerah ini", katanya pada 28hb Disember 2024 di Majlis Perasmian Karnival Kesenian, Kebudayaan, Pelancongan dan Makanan Tradisi Sempena Pesta Makan Tahun Kadayan Sabah 2024 di Padang Top Ten, Sipitang.

. Hajiji berkata pelaburan di Sabah adalah bernilai RM1.7 billion pada tahun 2024. Beliau mahu industri pelancongan di Sipitang diperkasakan lagi untuk menjana manfaat ekonomi dan pekerjaan, memandangkan kedudukan daerah itu yang amat strategik dan berhampiran dengan beberapa negara jiran termasuk Brunei dan Indonesian dan wilayah Sarawak dan Labuan. Beliau berkata, Kerajaan negeri sentiasa menyokong perayaan tradisi termasuk kalangan etnik Kadayan dan 35 etnik dan 217 sub-etnik di Sabah, dan Kerajaan sudah meruntukkan RM13.66 juta bagi 2025 untuk perayaan tradisi.

Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.