Projek Perumahan Pelajar oleh MUIS dan Zecon Berhad

berita-sabahJan 2025news

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Zecon Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (atau Memorandum of Understanding, MoU) mengenai usahasama projek perumahan pelajar bernilai RM1.3 bilion. Project tersebut akan dibangunkan di tanah milik MUIS seluas 15 ekar bersebelahan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.

Sebanyak 1,610 unit apartmen akan dibina dan mampu menampung sehingga 6,732 pelajar tempatan dan antarabangsa serta kakitangan. Projek ini bakal menjadi perintis yang menawarkan konsep pembangunan serba moden dan komprehensif. Project akan bermula pada akhir tahun 2025 dan ianya adalah kaedah konsep pembangunan Build, Lease, Maintain & Transfer (BLMT).

Project ini akan mewujudkan 600 peluang pekerjaan meliputi sektor profesional, pentadbiran dan buruh. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Haji Mohd. Arifin Datuk Haji Mohd Arif mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 21 Januari 2025 di antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Zecon Berhad di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.