Lions Club Tuaran Anjur Program Tahun Baharu Cina, Tuaran
25 January 2025
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kotak limau mandarin pada 25hb Januari 2025 kepada masyarakat Tionghua sempena Tahun Baharu Cina, di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Sin, Tuaran. Hajiji juga menyerahkan kepala singa dan limau mandarin antaranya kepada tokong, persatuan singa, persatuan pesara dan persatuan masyarakat Cina di sekitar Tuaran. Program anjuran Lions Club Tuaran.
