Peruntukan RM25 Juta Perbaiki Kerosakan Akibat Banjir di Sabah
Kerajaan Persekutuan telah mengalokasikan peruntukan sebanyak RM25 juta kepada Sabah untuk memperbaiki kerosakan akibat banjir, tanah runtuh dan kebakaran di Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata bantuan segera itu amat diperlukan di beberapa daerah di Sabah, pada hujung Januari 2025. “Sudah pasti bantuan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung mangsa-mangsa banjir selain membaiki kerosakan,” katanya pada 31 Januari 2025.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM25 juta untuk memperbaiki segera infrastruktur yang rosak dan musnah akibat banjir, tanah runtuh dan kebakaran di Sabah dan Sarawak, ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di Ipoh, Perak, pada 31 Januari 2025. Peruntukan ini juga merangkumi bantuan segera berjumlah RM1,000 kepada semua keluarga yang terkesan dengan bencana-bencana ini. Tambahan itu, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri telah bersiap sedia menghadapi Bencana Monsun Timur dengan seramai 14,209 kekuatan sumber manusia daripada pelbagai agensi penyelamat dan keselamatan terlibat.
“Antaranya, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA dan lain-lain,” kata Hajiji.” Manakala jumlah keseluruhan logistik adalah sebanyak 1,456 yang melibatkan logistic darat, air dan udara. Selain itu, semua Pegawai Daerah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah dibekukan cuti untuk menghadapi MTL pada kali ini.”