Rakyat Tawau Menerima Pelbagai Sumbangan
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selagi lagi menegaskan bahawa Kerajaan Negeri komited dalam terus merangka dan melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi, mampan dan inklusif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Semasa Program Outreach Ketua Menteri bersama NGO dan usahawan muda di Tawau, ilham Ketua Menteri sendiri yang digerakkan oleh Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), menyasarkan 5,000 peniaga muda luar bandar. Hajiji menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Taman Sri Balung, Tawau, pada 12hb Mei 2025.
Beliau turut menyempurnakan penyerahan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ); sumbangan khas berbentuk tiga unit van jenazah kepada masjid tempatan; sumbangan Hub Pemulihan, Sri Stella sebanyak RM1 juta dan sumbangan RM500,000 Koridor Respiratori Pantai Timur, Hospital Tawau. Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 2021-2025).