Sabah Rangka Enakmen Pembangunan Belia
Kerajaan Negeri Sabah bakal merangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah sebagai platform undang-undang untuk memperkukuh peranan belia dalam pembangunan negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata enakmen itu bertujuan mengukuhkan pengurusan organisasi belia, memperluas pengiktirafan aktivisme, serta menyediakan ruang lebih tersusun kepada pembangunan kepimpinan anak muda.
Beliau berucap pada 17 Mei 2025 semasa sambutan Hari Belia Nasional peringkat negeri di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Hajiji berkata: "Dengan enakmen ini, kami ingin supaya setiap pemimpin belia diberikan masa, ruang, dan sokongan untuk memimpin dengan yakin dan terus menyumbang kepada negeri tanpa diketepikan akibat perubahan dasar."
Kementerian Belia dan Sukan Negeri (KBSS) dan Majlis Belia Sabah (MBS) telah diberi tanggungjawab untuk meneliti perkara ini termasuk isu dasar peralihan umur belia. Pembangunan belia di Sabah akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Negeri termasuk menyediakan kemahiran dan alat yang diperlukan untuk memimpin negeri pada masa depan, kata Ketua Menteri.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri telah melancarkan beberapa inisiatif dan program bantuan pendidikan yang telah memberi manfaat kepada pelajar di negeri ini:
- Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA).
- Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One Off (SUKSES) - Inisiatif-inisiatif ini adalah antara 13 inisiatif pendidikan yang diberikan kepada pelajar, sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta persatuan pelajar Sabah di dalam dan luar negeri, dengan jumlah RM75.5 juta.
- Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI).
- Bantuan Ihsan Komputer (BAIK).
- Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI).
- Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA).
- Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRSSUBFLY)
“Dalam aspek pembangunan kemahiran, Kerajaan Negeri terus memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta program latihan teknikal di negeri ini. "Lebih daripada 179 kursus dalam bidang sains, teknologi, inovasi, dan bahasa telah dijalankan tahun lepas, dengan lebih 35,000 pendaftaran.
Tambahan itu, belia digalakkan untuk menceburi industri minyak dan gas di Sabah yang kini berkembang bagi meningkatkan kemahiran mereka dan memenuhi permintaan masa depan sektor tenaga," katanya. Hajiji berkata, Pada masa sama, program berimpak tinggi seperti Felo Sabah Maju Jaya (Felo SMJ) dan Dewan Belia Negeri Sabah yang dilaksanakan bersama Majlis Belia Sabah, serta Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS), menyediakan platform yang sangat baik untuk golongan belia mengasah kemahiran dalam ekosistem kepimpinan dan tadbir urus negeri.
