Petani Diseru Ceburi Penanaman Koko Petani

berita-sabahMay 2025news

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru lebih ramai petani di Sabah menceburi bidang penanaman koko bagi memperluas kawasan tanaman melebihi 3,000 hektar.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyampaikan ucapan Ketua Menteri, berkata "Sabah menyumbang lebih 60% kepada pengeluaran koko negara, melibatkan 3,000 petani di Ranau, Tenom, Kota Marudu, Keningau dan Kuamut", semasa Majlis Makan Malam Koko sempena MICF 2025 pada 26 Mei 2025 di SICC, Kota Kinabalu.

Menurutnya, penganjuran Malaysia International Cocoa Festival (MICF) 2025 di SICC turut diharap dapat menarik pelaburan baharu serta mengangkat Sabah sebagai hab koko dan destinasi pelancongan dan budaya.