GRS Belum Buat Keputusan Rasmi PRN17, Mesyuarat Akan Tentukan Hala Tuju dan Kerjasama
5 June 2025
"GRS belum lagi buat sebarang keputusan. Ahli Majlis Tertinggi GRS akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menentukan hala tuju kita dalam PRN 17, termasuk siapa dan parti yang akan menjadi rakan kerjasama, menentukan agihan kerusi dan lain-lain. Apa yang Bung telah kata mengenai perkara kerjasama adalah hanya pandanganya sendiri,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang juga Pengerusi GRS, 5hb Jun 2025, mengulas mengenai kenyataan Bung Moktar Radin bahawa UMNO Sabah hanya akan menimbangkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17.