Sabah Alu-Alukan Pelaburan dari Republik Rakyat China
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyatakan keyakinan bahawa hubungan strategik antara Sabah dan Republik Rakyat China akan terus diperkukuhkan melalui kerjasama diplomatik serta pelbagai inisiatif pembangunan bersama.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China yang baharu , Dr. Zhu Xinglong, yang menggantikan penyandang terdahulu, Dr. Huang Shifang pada 18 Jun 2025 di Kota Kinabalu.
“Saya percaya kehadiran Dr. Zhu akan membawa lonjakan baharu dalam hubungan dua hala antara Sabah dan China, terutamanya dalam sektor pelaburan, perdagangan, pelancongan dan pendidikan,” katanya.
Menurut Hajiji, Kerajaan Negeri komited menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif dan mesra pelabur bagi menarik lebih banyak syarikat dari China untuk melabur di Sabah.