Sabah Miliki Pusat Kawalan Bencana Baharu

berita-sabahJuly 2025news

Sabah kini mempunyai pusat kawalan baharu, pertama di Malaysia. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah melancarkan Pusat Kawalan Bencana Negeri (State Disaster Command Centre atau SDCC) bernilai RM750,000 pada 2 Julai 2025.

Pembangunan pusat ini dibiayai oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (National Disaster Management Agency atau NADMA) dan SDCC terletak di Menara Kinabalu. Pusat kawalan tersebut mengambil masa lapan bulan untuk dibina dan dilengkapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi terkini termasuk system persidangan video dan pangkalan data komprehensif untuk pengumpulan dan penganalisisan maklumat berkaitan bencana.

Objektif utama SDCC ini adalah platform bersepadu bagi menyelaras tindakan agensi keselamatan dan penyelamat, NGO serta badan penyelidikan semasa berlakunya bencana.