Skim Insuran Bagi Mangsa Bencana

berita-sabahnewsSept 2025

“Saya sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan sama ada skim insurans Kerajaan turut meliputi mangsa kejadian bencana. Keputusan mengenai skim insurans masih diteliti. Sambil itu, Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga mangsa : iaitu RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia; dan RM10,000 dari Yayasan Kebajikan Sabah,” ulas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, 23 September 2025, mengenai 13 mangsa yang terkorban dalam kejadian bencana banjir dan tanah runtuh pada September 2025.