Penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah

berita-sabahFebruary 2024news

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, telah menjayakan cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah pada tahun 2024. Beliau menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan untuk memartabatkan undang-undang adat Anak Negeri serta memberikan imej yang prestij kepada Ketua-ketua adat di mahkamah.

Selain itu, sebuah jawatankuasa khas melalui Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) juga telah ditubuhkan bagi menguruskan penggubalan, pindaan, dan penyemakkan enakmen dan ordinan yang berkaitan untuk menaiktaraf sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri.

Beliau menyampaikan kenyataan ini pada 14 Februari 2024 di majlis perasmian penangguhan kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang di Dewan Kebudayaan Pusat Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik, Tuaran. Kursus tersebut dihadiri oleh 258 Ketua-ketua Adat dari empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit, Sulaman, Tamparuli, dan Kiulu.

Peranan strategik Ketua Adat adalah untuk membimbing, menyokong, dan mendorong pemerkasaan masyarakat tempatan. Dalam kenyataannya, beliau berharap agar semua ketua-ketua adat yang menghadiri kursus tersebut dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh untuk memantapkan adat di tempat masing-masing.