Hajiji Terima Kunjungan Hormat Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak)
13 January 2026
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada 13 Januari 2026.
Kunjungan tersebut merupakan lawatan rasmi pertama Mustapha sejak dilantik ke jawatan berkenaan pada 16 Disember 2025. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Hajiji menyambut baik kunjungan itu dan menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memperkukuh kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam memastikan pelaksanaan dasar serta inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh demi kepentingan rakyat Sabah.




