Pelantikan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin menyerahkan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie kepada Yang Amat Arif Tuan Ahadin Bin Arinen pada majlis penyerahan yang diadakan di Istana Seri Kinabalu
Pada 27hb Februari 2024, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, mengadakan majlis pelantikan untuk Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Tuan Ahadin Bin Arinen, di Istana Seri Kinabalu.
Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Haji Mokhtar. Dua orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah turut dilantik, iaitu Yang Arif Puan Surayah Binti Ramlee dan Yang Arif Puan Taherah Binti Tahir.
Pelantikan Ahadin berkuat kuasa mulai 1 November 2023, sementara Suraya memulakan tugasnya pada 19 Jun 2023 dan Taherah pada 16 Oktober 2023.