Ketua Menteri Ambil Alih Jawatan Pengerusi TAED
3 February 2026
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengambil alih jawatan Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED) berkuat kuasa 3 Februari 2026. Penyerahan tugas itu dilakukan oleh bekas pengerusi, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu.
Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh; Setiausaha Tetap Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Sabin Samitah; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew serta Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Philemon Lajawai.




