Sabah Alu-Alukan Pelabur Jepun Teroka Ekonomi Biru
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu-alukan pelabur Jepun untuk meneroka peluang dalam sektor Ekonomi Biru di Sabah. Tawaran pelaburan itu disampaikan kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki, dalam pertemuan di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada 13 Februari 2026.
Hajiji berkata sektor Ekonomi Biru menawarkan potensi pelaburan yang luas dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Shikata berada di Sabah dalam lawatan rasmi selama tiga hari, termasuk melawat Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta mempromosikan Green×Expo 2027 yang akan berlangsung di Yokohama, Jepun. Turut hadir ialah Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito, bersama pegawai Kedutaan Jepun ke Malaysia.




