Lebih 10,000 Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri
Lebih 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Kerajaan Negeri pada 17 Februari 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.
Majlis itu diserikan kehadiran Ketua Negeri Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Tun Musa dan Hajiji, diiringi Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan Datuk Jafry Arifin, memimpin upacara memukul gendang sebagai simbolik pembukaan majlis serta turut mengaul Yee Sang bersama tetamu kehormat.