Ketua Menteri Pengerusi Mesyuarat JKKN Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bil. 1/2026 pada 26 Februari 2026 di Menara Kinabalu.
Mesyuarat tersebut meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri serta memperkukuh penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi berkaitan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkemas kawalan keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negeri serta negara daripada sebarang ancaman.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof; Komander ESSCOM, Datuk Victor B. Sanjos; Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali; Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan; serta Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Awang Yahya.




