Ketua Menteri Hajiji Alu-alukan Lebih Banyak Kerjasama Dengan Petronas

berita-sabahMarch 2026news
Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Muhammad Taufik.

Hajiji Noor mengalu-alukan komitmen Petronas untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama bagi memperluaskan penglibatan Sabah dalam industri minyak dan gas. Dalam pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz pada 3 Mac 2026 di Kota Kinabalu, Ketua Menteri telah diberikan taklimat mengenai hala tuju kerjasama strategik serta perkembangan terkini operasi Petronas di Sabah.

Tengku Muhammad Taufik turut memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai inisiatif bantuan banjir yang disalurkan oleh Petronas bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membantu komuniti yang terjejas akibat bencana tersebut di Sabah baru-baru ini. Delegasi Petronas yang hadir termasuk Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas & Maritim, Adif Zulkifli, Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management, Bacho Pilong, Naib Presiden Hubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan, Norafizal Mat Saad, serta beberapa pegawai kanan Petronas yang lain.