Ketua Menteri Arah Pantau Rapi Banjir di Tawau
25 July 2026
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan Pusat Kawalan Bencana Negeri memantau rapi situasi banjir di Tawau yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada 25 Julai 2026.
Beliau berkata semua agensi berkaitan telah digerakkan ke kawasan terjejas bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mangsa.
Hajiji turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak 24 Julai, menyebabkan beberapa kawasan perumahan dinaiki air. Sehingga 11 pagi, sebanyak 335 mangsa daripada 96 Ketua Isi Rumah (KIR) ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.




