Sabah raih 40 peratus bahagian projek FLNG
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah dijangka memperoleh 40 peratus bahagian menerusi projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) hasil perjanjian yang bakal dimeterai dengan PETRONAS dalam beberapa bulan lagi.
"Di Sandakan, PETRONAS sudah mendapat satu lapangan minyak dan gas, di sini kita akan dibagi 20 peratus," katanya ketika merasmikan Program Jelajah Rakyat dan Jualan Rahmah MADANI Parlimen Kalabakan pada 1 Ogos 2026 di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan.
Beliau berkata , pada Sabah turut akan menerima 20 peratus bahagian daripada projek pembangunan lapangan minyak dan gas baharu PETRONAS di perairan Sandakan, hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Menurutnya, dasar mesra pelabur kerajaan negeri terus menarik minat pelabur asing, dengan hampir 40 diplomat dan pesuruhjaya tinggi mengiktiraf potensi pelaburan Sabah. Kawasan perindustrian seperti KKIP dan SOGIP juga semakin dipenuhi pelabur, sekali gus mendorong pembangunan kawasan industri baharu termasuk POIC dan taman industri ekonomi biru.
Hajiji berkata kerajaan turut komited memacu pembangunan Kalabakan melalui cadangan Bandar Baharu Kalabakan seluas kira-kira 1,000 ekar, selain menaik taraf infrastruktur termasuk jalan raya dan pembinaan kompleks CIQ yang bakal menjadi pintu masuk Sabah dari Kalimantan Utara, Indonesia.




