Ketua Menteri Sertai Majlis Doa Kesyukuran
21 August 2026
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menghadiri Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H/2026 di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada 21 Ogos 2026.
Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, memimpin bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Sabah, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Arif; serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman. Lebih 1,000 jemaah menyertai majlis tersebut.




