KM Tinjau Projek Lebuhraya Pan Borneo Serusup-Pinturu
30 August 2026
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meninjau tapak projek Lebuhraya Pan Borneo Serusup-Pinturu, Tuaran, bernilai RM465 juta dan sepanjang 20.8 kilometer. Beliau turut meninjau tapak pembinaan jambatan merentasi Sungai Sulaman sepanjang 682 meter. Projek lebuh raya itu dijadualkan siap pada Julai 2028, manakala jambatan Sungai Sulaman dijangka siap pada Disember 2027.




