Kebakaran Kampung Numbak Ragut Tiga Nyawa Kanak-Kanak, Musnahkan 202 Rumah

Aug 2026berita-sabahnews

Kebakaran di Kampung Numbak, Kota Kinabalu pada 30 Ogos 2026 meragut nyawa tiga kanak-kanak tempatan, masing-masing Mohd Asrul Abdullah, 6, Nana Abdullah, 4, dan Nur Farah Bilah Mohd Tajah, 8.

Kejadian itu memusnahkan 202 rumah atas air di kawasan penempatan setinggan yang meliputi Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

Seramai 134 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), iaitu di Dewan Serbaguna Likas dan Dewan Damai.

Sebahagian penghuni penempatan berkenaan juga dilaporkan bukan penduduk tempatan.